Langkau ke kandungan utama

WUJUDKAH CINTA?


Misteri cinta

WUJUDKAH CINTA?
CINTA AMAT MUDAH DILAFAZKAN TETAPI ADAKAH  IA WUJUD DALAM DIRI KITA?
 05 Mei 2012 SABTU jam1310
          Kita mudah melafazkan kata-kata CINTA.. ala setakat nak kata “I LOVE YOU” bukan susah pun.. tapi adakah ia datang dari hati yang ikhlas tanpa paksaan Atau terpaksa takut sebelah pihak lagi akan marah sebab kita tak ucapkan I LOVE YOU..?  Wanita mudah memberikan tubuh badan untuk menunjukkan dia benar-benar mencintai lelaki tersebut tetapi dia di tinggalkan selepas digunakan.. adakah itu cinta?  Fikirlah wahai wanita.. itu bukan cinta tapi merosakan masa depan korang sendiri malah memalukan diri sendiri dan juga keluarga… Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu CINTA dan CINTA sememangnya wujud:
            Cinta amat mahal takrifnya, itulah yang difitrahkan ALLAH S.W.T kepada hambanya.  Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada zahirnya kerana CINTA itu tanggungjawab dimana wujudnya KESETIAAN dan KEJUJURAN didalamnya…
            Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu..  CINTA takkan datang kalau tak dicari, CINTA juga takkan dapat kalau tiada siapa yang memberi, tapi memberi biarlah pada yang sudi bukan meminta pada yang simpati.. CINTA yang suci datangnya dari hati, ia takkan ada rasa terpaksa, ia akan banyak memberi tanpa rasa ragu—ragu,  percaya bahawa tiada yang boleh mengugat cintanya..
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
Tapi  ada juga yang takut berterus-terang bahawa dia mencintai seseorang tetapi menyatakan dia mencintai orang lain walhal ia sebaliknya.. Ini akan menyebabkan kegagalan rumahtangga yang dibina..  ia juga akan menyebabkan pasangannya terluka..  Berhati-hatilah semasa berkata-kata.. berterus-terang amat mudah, walaupun menyakitkan sekarang biarlah daripada sakit yang tak berkesudahan kelak..
Carilah orang yang benar-benar mencintai kita..  Janganlah kita mencari orang yang kita cintai kerana orang yang kita cintai tak semestinya mencintai kita seperti kita mencintainya.. Gunakan hati semasa memilih cinta.. Cinta pura-pura akan menghancurkan hidup kita, cinta kita, bahkan masa depan kita…
Jadi fikir-fikirkanlah… Silap jalan yang di pilih akan menghancurkan segalanya…  Jadi mintalah pada ALLAH S.W.T untuk menentukan jalan hidup kita semoga aman sejahtera dan bahhagia hendaknya..  Buatlah solat Istikharah semoga ditunjukkan jalan terbaik buat kita..
Insya’Allah..
05 Mei 2012 SABTU jam1500

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Cerita Taladan BUat SuaMi2 Pemalas

HANYA UNTUK RENUNGAN ...Kedai Roti... Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye". " Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob. "Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi. " Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak. "Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob."Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis. Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapat
Assalamualaikum.... This will be my places where i will will be my history to my life.... em.... start from nowadays... Lets join me to know what had happen to my life,my days n my heart... WheN iT's beGin......