Selasa, 17 Julai 2012

KEBAIKAN COKLAT GELAP…


KEBAIKAN COKLAT GELAP
COKLAT GELAP bermanfaat untuk penghidap darah tinggi

22 November 2011 SELASA jam2350
          Bagi mereka yang menghidapi HIPERTENSI,makan COKLAT GELAP sahaja sudah mampu mengurangkan tekanan darah secara signifikan.  Penyelidik yang menulis dalam jurnal akses terbuka Perubatan BMC menggabungkan hasil 15 kajian berhubung kesan flavanol(sebatian dalam coklat) menyebabkan pengembangan salur darah ke atas tekanan darah.
            Dr. Karin Ried yang bekerjasama dengan sebuah kumpulan penyelidik dari UNIVERSITY ADELAIDE, AUSTRALIA memberitahu, flavanol telah meningkatkan pembentukan endothelium nitric oksida yang menggalakkan vasodilasi(pengembangan diameter salur darah khususnya arteri) dan seterusnya boleh menurunkan tekanan darah.  Bagaimanapun, keputusan tersebut bercanggah dengan kesan sebenar memakan coklat.
            “Kami telah menemukan penggunaan ketara boleh mengurangkan tekanan darah walaupunpada kadar sederhana bagi orang yang mempunyai tekanan darah tinggi tetapi, tidak bagi orang yang mempunyai tekanan darah normal,” kata RIED.
22 November 2011 SELASA jam2355

Tiada ulasan:

Catat Ulasan