Langkau ke kandungan utama

Kucing oh Kucing…


TIP DAN PANDUAN
Kucing oh Kucing…
PENJAGAAN KUCING..

20 November 2011 Ahad jam1545
          Pastinya setelah penat bekerja atau study atau stress…Telatah binatang peliharaan like kucing ni akan menghilangkan kepenatan dan terapi stress yang hebat buat kita.  Sifatnya yang manja, berbulu lembut, comel dan kelatahnya yang aftif sememangnya mampu membuatkan pemiliknya merasa tenang  dan pengubat kesunyian.
        Seperti manusia, haiwan peliharaan ini memerlukan penjagaan teliti supaya tidak mudah jatuh sakit.  Kebersihan perlu diberi perhatianselain memastikan rumah sentiasa bersih.
        Selain memastikan persekitaran tempat tinggal binatang sentiasa bersih, penjaga perlu menyediakan makanan dan minuman mengikut jadual.  Bagaimanapun, diet yang seimbang saja tidak mencukupi kerana binatang memerlukan pemerikasaan kesihatan dari semasa ke samasa.
        Suntikan vaksin mengikut jadual penting bagi memastikan system tahan badannya sentiasa terjamin bagi mengelakan sebarang jangkitan. 
        Bagi mengelakan rumah berbau, gunakan pasir kumbahan daripada Kristal atau karbon untuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan.  Pilihan makanan yang sesuai dapat mengurangkan bau.  Pastikan anda memandikan kucing dua minggu sekali.
TIP MEMANDIKAN KUCING
PERALATAN:
Ä Tuala
Ä Air Suam
Ä Sikat Khas Untuk Kucing
Ä Syampu Ubat
Ä Pengering Rambut
Langkah memandikan kucing:
þ Teliti bahagian badannya sekiranya terdapat luka kemudianbasahkan perlahan-lahan keseluruhan badan dengan air suam terutama bagi kucing berbulu panjang.
þ Sapukan syampu dengan rata setelah air membasahi seluruh badan kucing dengan berhati-hati terutama jika kucing anda mempunyai luka.
þ Kemudian urutkan badan kucing perlahan. Pastikan syampu tidak terkena pada mata dan hidungkucing selama 5-10 minit.
þ Bilas dengan air suam.
þ Dengan cermat, keringkan badan kucing anda dengan tuala diikuti dengan pengering rambut.
JENIS-JENIS KUCING
*    Terdapat lebih 40 baka kucing di Negara ini dan ia dibahagikan kepada empat kumpulan besar iaitu tempatan untuk kucing berbulu panjang, berbulu pendek. Spesis luar Negara pula ialah, siam dan bulu pendek.
*    Antara jenis kucing yang berbulu pendek ialah American Bobtail, Japanese Bobtail, Amerika Curl, Munchkin dan Russian Blue.
*    Berbulu semi panjang Maine Coon, Ragdoll, Siberian Forest Cat, Turkish Van dan Birman.
*    Berbulu panjang adalah seperti Persian atau Parsi.
*    Jika anda menyukai si comel yang berbulu lebat, anda boleh memilih Parsi, Himalaya atau Tabby.  Namun, jenis kacukan juga menghasilkan kucing yang cantik.
*    Selain itu, pemilik perlu mengenalpasti jenisnya dengan betul kerana setiap satu mempunyai tingkah laku berlainan tetapi kucing biasanya aktif dan setia pada penjaganya.
20 November 2011 Ahad jam1720

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Assalamualaikum...   Setelah sekian lama aku mendiamkan diri... Bukan niat nak mendiamkan diri tapi terlalu banyak perkara yang menghalang laluan untuk berkarya dan meluahkan rasa di hati. So.. Start hari ni aku akan try untuk mengupdate aktiviti harian. Mmg akan bosan tapi sabar je la.haha

StreSS...

Tekanan Mental dan Pekerjaan Setiap drpd kita mengalami tekanan kerja. Suasana tempat kerja yg selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yg kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental. Punca-Punca Tekanan di Tempat Kerja >> Jenis pekerjaan - suasana tempat kerja, tekanan kerja yg berpanjangan & perubahan cara pengendalian kerja. Peranan & fungsi Pekerjaan >> Kerja dan peranan yg sentiasa berubah-ubah secara kerap @ pekerjaan yg merbahaya. Perhubungan >> Konflik sesama rakan sekerja dan majikan. Kerjaya >> Kurang insentif & penghargaan dr majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan / diturunkan pangkat @ ilang pekerjaan. Perubahan dalam organisasi >> Perubahan dlm struktur & pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan & tekanan kpd pekerja. Kalau nak setiasa muda, elakkan stress nyek..nanti kite cari cara2 mengurangkan tekanan / stress dgn lebih...

CIRI-CIRI ORANG MENCINTAIMU

"Cinta..ibarat kentut... " makin dipendam makin gelisah... bila di lepaskan ... ... . ahhhhhhh lega rasanya... ... . 22 Ciri Orang Mencintai Kamu 1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya. 2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya. 3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk. 4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu. 5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya. 6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau meng...