TIP DAN PANDUAN
Kucing oh Kucing…
PENJAGAAN KUCING..
20 November 2011 Ahad jam1545
Pastinya
setelah penat bekerja atau study atau stress…Telatah binatang peliharaan like
kucing ni akan menghilangkan kepenatan dan terapi stress yang hebat buat
kita. Sifatnya yang manja, berbulu
lembut, comel dan kelatahnya yang aftif sememangnya mampu membuatkan pemiliknya
merasa tenang dan pengubat kesunyian.
Seperti manusia, haiwan peliharaan ini
memerlukan penjagaan teliti supaya tidak mudah jatuh sakit. Kebersihan perlu diberi perhatianselain memastikan
rumah sentiasa bersih.
Selain memastikan persekitaran tempat
tinggal binatang sentiasa bersih, penjaga perlu menyediakan makanan dan minuman
mengikut jadual. Bagaimanapun, diet yang
seimbang saja tidak mencukupi kerana binatang memerlukan pemerikasaan kesihatan
dari semasa ke samasa.
Suntikan vaksin mengikut jadual penting
bagi memastikan system tahan badannya sentiasa terjamin bagi mengelakan
sebarang jangkitan.
Bagi mengelakan rumah berbau, gunakan
pasir kumbahan daripada Kristal atau karbon untuk untuk menyerap bau yang
kurang menyenangkan. Pilihan makanan
yang sesuai dapat mengurangkan bau.
Pastikan anda memandikan kucing dua minggu sekali.
TIP MEMANDIKAN KUCING
PERALATAN:
Ä Tuala
Ä Air Suam
Ä Sikat Khas Untuk Kucing
Ä Syampu Ubat
Ä Pengering Rambut
Langkah
memandikan kucing:
þ Teliti bahagian badannya sekiranya
terdapat luka kemudianbasahkan perlahan-lahan keseluruhan badan dengan air suam
terutama bagi kucing berbulu panjang.
þ Sapukan syampu dengan rata setelah air membasahi
seluruh badan kucing dengan berhati-hati terutama jika kucing anda mempunyai
luka.
þ Kemudian urutkan badan kucing perlahan.
Pastikan syampu tidak terkena pada mata dan hidungkucing selama 5-10 minit.
þ Bilas dengan air suam.
þ Dengan cermat, keringkan badan kucing anda
dengan tuala diikuti dengan pengering rambut.
JENIS-JENIS KUCING
* Terdapat
lebih 40 baka kucing di Negara ini dan ia dibahagikan kepada empat kumpulan
besar iaitu tempatan untuk kucing berbulu panjang, berbulu pendek. Spesis luar
Negara pula ialah, siam dan bulu pendek.
* Antara
jenis kucing yang berbulu pendek ialah American Bobtail, Japanese Bobtail,
Amerika Curl, Munchkin dan Russian Blue.
* Berbulu
semi panjang Maine Coon, Ragdoll, Siberian Forest Cat, Turkish Van dan Birman.
* Berbulu
panjang adalah seperti Persian atau Parsi.
* Jika
anda menyukai si comel yang berbulu lebat, anda boleh memilih Parsi, Himalaya
atau Tabby. Namun, jenis kacukan juga
menghasilkan kucing yang cantik.
* Selain
itu, pemilik perlu mengenalpasti jenisnya dengan betul kerana setiap satu
mempunyai tingkah laku berlainan tetapi kucing biasanya aktif dan setia pada
penjaganya.
20 November 2011 Ahad jam1720
Ulasan
Catat Ulasan