Langkau ke kandungan utama

Cerita Taladan BUat SuaMi2 Pemalas

HANYA UNTUK RENUNGAN

...Kedai Roti...
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
" Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi. " Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob."Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila
mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?". "Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
" Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"


Petikan dr sumber yg tak di ketahui...via email

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Assalamualaikum...   Setelah sekian lama aku mendiamkan diri... Bukan niat nak mendiamkan diri tapi terlalu banyak perkara yang menghalang laluan untuk berkarya dan meluahkan rasa di hati. So.. Start hari ni aku akan try untuk mengupdate aktiviti harian. Mmg akan bosan tapi sabar je la.haha

StreSS...

Tekanan Mental dan Pekerjaan Setiap drpd kita mengalami tekanan kerja. Suasana tempat kerja yg selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yg kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental. Punca-Punca Tekanan di Tempat Kerja >> Jenis pekerjaan - suasana tempat kerja, tekanan kerja yg berpanjangan & perubahan cara pengendalian kerja. Peranan & fungsi Pekerjaan >> Kerja dan peranan yg sentiasa berubah-ubah secara kerap @ pekerjaan yg merbahaya. Perhubungan >> Konflik sesama rakan sekerja dan majikan. Kerjaya >> Kurang insentif & penghargaan dr majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan / diturunkan pangkat @ ilang pekerjaan. Perubahan dalam organisasi >> Perubahan dlm struktur & pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan & tekanan kpd pekerja. Kalau nak setiasa muda, elakkan stress nyek..nanti kite cari cara2 mengurangkan tekanan / stress dgn lebih...

CIRI-CIRI ORANG MENCINTAIMU

"Cinta..ibarat kentut... " makin dipendam makin gelisah... bila di lepaskan ... ... . ahhhhhhh lega rasanya... ... . 22 Ciri Orang Mencintai Kamu 1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya. 2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya. 3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk. 4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu. 5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya. 6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau meng...